Azizi Ali - Jurulatih Jutawan

A

zizi Ali melakukan satu perkara sahaja – duit. Jika anda ingin tahu tentang duit- cara menguasai, mentadbir, menyimpan dan menambah wang dan tentunya berbelanja, maka beliaulah orangnya. Dalam kata lain Azizi membantu anda menjana dan memberi penyelesaian kewangan.

Terkenal sebagai penulis kepada 30 best-selling books dalam kewangan diri (personal finance) di Malaysia, Brunai dan Singapura di antaranya, Lahirnya Seorang Jutawan, Pesara Jutawan dan Jutawan dari Planet Jupiter ini juga sering memberi ceramah-ceramah bernas melalui bengkelnya.

Bengkel-bengkel beliau telah melibatkan pelbagai organisasi seperti Suruhanjaya Sekuriti, PETRONAS, PNB, MAS, UIA, UTM dan di Brunai, Singapura serta Bangkok Thailand melibatkan 12,000 peserta. Beliau juga sering kelihatan di TV3, RTM, Astro Ria, 8TV, News Radio di Singapura dan RTB Brunai.

Azizi merupakan seorang Chartered Financial Consultant (ChFC) dan memiliki Master in Business Administration dari Universiti of Bath UK.



Chef Li - Jutawan Senyap

C

hef Li menubuhkan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) yang mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Swasta pada 4 Jun 2003.

Modul-modul latihan keusahawanan skala kecil ITKAU ialah berasaskan pengeluaran produk makanan dan khidmat sajian makanan.

Kejayaan modul-modul ini telah melahirkan peniaga-peniaga kecil yang mampu berdikari sehingga memperoleh pendapatan lumayan sejak perlaksanaannya pada tahun 1996. Pengkhususan modul untuk melatih usahawan kecil yang berpengkalan dirumah (Home-Based Entrepreneuship) ini telah memacu peniaga-peniaga yang berdaya saing dan menguntungkan sehingga mampu berkembang ke tahap yang membanggakan.



Dato'Dr. Azman Ching - Jutawan MLM

D

ato Azaman Ching seorang jutawan MLM yang tersohor di Malaysia dari CNI. Beliau telah Berjaya melahirkan 50 orang jutawan dibawahnya.

Telah dianugerahkan sebagai Top sales Asia Pacific Leader dan telah menulis 10 buah buku motivasi MLM dipasaran.

CNI ditubuhkan pada 1989 dan adalah antara syarikat MLM yang berkembang pantas di Asia Pasifik.



Billi Lim - Dare to Fail

B

illi Lim penulis No.1 best-seller “ Dare To Fail” (berani untuk gagal) dilahirkan dalam sebuah keluarga 14 orang. Satu-satunya penceramah yang boleh bertutur dalam lima bahasa ini – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Indonesia, Mandarin dan Thai ini adalah pemegang Ijazah B.Sc dan Diploma Pendidikan dari UM.

Pengasas Institute of Hardnocks (IHK) ini mempunyai pengalaman bisnes merangkumi MLM, General Insurance supermarket dan retail outlet, maklumbalas pemasaran TV dan pemasaran pengiklanan TV ditambah lagi dengan pengalaman 20 tahun dalam latihan keusahanan dan pembagunan manusia mejadikan beliau antara penceramah masyhur di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Jepun, UK, USA, China dan India.

Kini beliau dalam usaha mengasaskan Dare To Fail United Kingdom Ltd dan memasarkan bukunya di Amazon.com USA.



Dato' Hussamuddin - Kumpulan Karangraf


K

ajian Sejarah Melayu terbitan pelajar tahun akhir UKM, Dato’ Haji Hussamuddin Haji Yaacob pada tahun 1977 menjadi titik tolak bermulanya sejarah gemilang Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Suntikan semangat dari ayahanda beliau yang memiliki ‘Toko Buku Yaacob Idris’ telah menjadikan penubuhan awal syarikat ini bersama saudaranya Haji Fickri Haji Yaacob dan Muhd Nasir Haji Hamzah.

Antara anak syarikat Kumpulan Karangkraf adalah Karangkraf Edar, Karya Bestari, Keluarga Communications, Bistari Distributor dan Karangkraf Cetak Sdn. Bhd. Merancakkan lagi nadi industri percetakan kumpulan ini ditambah lagi dengan tertubuhnya Ultimate Print Sdn. Bhd yang mencetak sehingga 2 juta naskhah sebulan, penubuhan Alaf21 dan Buku Prima Sdn.Bhd.

Akhbar Sinar Harian yang mula diterbitkan pada Julai 2006 menjadi tambahan bukti kejayaan Kumpulan Karangraf yang kini mendapat sambutan di Kelantan, Terengganu, Pahang an Selangor.